Eksekutif Sony dipecat berikutan tuduhan pedofilia

Seorang timbalan presiden di Sony Interactive Entertainment dipecat selepas dipercayai tertangkap semasa percubaan untuk melakukan hubungan seksual terhadap remaja berusia 15 tahun. 

George Cacioppo, 64 tahun, tertangkap di dalam sebuah siaran langsung oleh People vs Preds, dikatakan sedang bertemu dengan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun selepas mengatur temu janji melalui aplikasi temu janji. 

Di dalam video itu terlihat seorang lelaki warga emas yang berbaju ‘PS5’ ditanya oleh jurukamera sebelum lelaki itu berpatah balik ke rumahnya. Berikutan tindakan itu, jurukamera itu menjerit “lelaki ini menjemput seorang remaja lelaki berusia 15 tahun untuk lakukan hubungan seksual malam ini!”

Pihak Sony melalui kenyataan mereka di Cnet, “Kami cakna dengan situasi dan pekerja yang di dalam video itu sudahpun ditamatkan perkhidmatannya,”

George Cacioppo dikatakan sudah berkhidmat di Sony selama lapan tahun sejak September 2013.

Sumber: IGN SEA, EuroGamer.

RELATED NEWS

+