Kerajaan Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan mereka akan menghapuskan undang-undang yang sudah lama dilaksanakan di Korea Selatan.
Untuk pengetahuan, negara China juga mempunyai akta yang hampir sama.
Undang-undang itu tidak membenarkan kanak-kanak dibawah usia 16 tahun bermain permainan video selepas tengah malam.
Pada mulanya akta yang lama ini adalah untuk menahan ketagihan di antara anak-anak muda di Korea Selatan.
Mengikut Korea JongAng Daily, beberapa menteri Korea Selatan iaitu Menteri Hak Asasi Jantina dan Keluarga, Menteri Kebudayaan, Menteri Sukan dan Pelancongan dan Menteri Pendidikan juga akan menggantikan akta ini dengan akta baru.
Akta yang bakal menggantikan dipanggil akta sistem pilihan yang hanya membenarkan anak, ibu bapa dan penjaga untuk memohon permit bermain permainan video selepas tengah malam.
“Kami akan bekerjasama dengan semua menteri untuk memastikan penggunaan media dan bermain permainan video akan membantu pembelajaran di rumah supaya anak muda dapat memupuk kelebihan baru bagi memastikan permainan video lebih bermanfaat dan untuk aktiviti masa lapang,”
Terdahulu, akta ini dibuat akibat ketagihan bermain permainan video di PC dan syarikat seperti Sony Computer Entertainment di Korea yang mengikut akta ini.
Malah, Minecraft juga bertukar menjadi permainan video ‘R-rated’ apabila terpaksa menukarkan rating supaya mengikuti akta yang lama ini.
Persatuan Industri Permainan Video Korea juga menyokong tindakan ini kerana tindakan akta yang lama ini menyekat perkembangan industri permainan video Korea yang dikatakan kurang efektif.
Apakah perubahan yang bakal berlaku untuk industri permainan video di Korea Selatan?