Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan pelancaran Malaysia Esport League 2021 (MEL21). "> Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan pelancaran Malaysia Esport League 2021 (MEL21). " /> Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan pelancaran Malaysia Esport League 2021 (MEL21). " />

Esports Intergrated (ESI) melancarkan Malaysia Esports League (MEL21)

Menteri di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan pelancaran Malaysia Esport League 2021 (MEL21).

Sebahagian daripada program Pelan Strategik Pembangunan Esport Kebangsaan anjuran KBS, melalui Esport Integrated (ESI), kejohanan e-sukan peringkat negeri dan kebangsaan yang julung kali dianjurkan ini akan diadakan bermula 10 Julai hingga 10 September ini dengan jumlah hadiah sebanyak RM200,000.

MEL21 dianjurkan sebagai satu platform untuk pemain di semua peringkat – amatur, semi-profesional dan profesional untuk bersaing dan mempamerkan bakat masing-masing di liga esukan kebangsaan. Kejohanan ini akan dianjurkan di dalam talian sepenuhnya, berikutan bagi mematuhi SOP yang diletakkan di bawah Pelan Pemulihan Nasional – Fasa 1. 

Pendaftaran untuk MEL21 kini dibuka. Untuk maklumat lanjut pendaftaran dan jadual kejohanan, lawati www.esukan.gg.

MEL21 dianjurkan oleh ESI, merupakan inisiatif KBS dengan kerjasama bersama persatuan e-sukan dari 16 negeri.

MEL21 akan dianjurkan dalam dua peringkat iaitu Liga Negeri dan Kebangsaan dan akan mempertandingkan empat permainan video yang cukup terkenal dalam kalangan peminat e-sukan iaitu, PUBGM, Mobile Legends, FIFA 21 dan Dota 2.

“Organisasi dan pelaksaan MEL21 di bawah inisiatif ESI merupakan sebahagian fokus strategik utama KBS di bawah Pelan Strategik Pembangunan Esports Kebangsaan dan diletakkan di bawah Bajet 2021. Ini adalah bagi membangunkan ekosistem yang mengujakan, lestari dan inklusif bagi semua peminat esukan.” kata YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan. 

“Banyak kejohanan dianjurkan di Malaysia adalah untuk pemain profesional, manakala pemain amatur dan semi-profesional hanya mampu untuk bersaing di dalam kejohanan kecil – merupakan jurang yang ingin diisi melalui MEL21. Dengan menganjurkan kejohanan peringkat kebangsaan, pembangunan pemain boleh dikembangkan dan bakat mereka boleh diketengahkan.” kata Ketua Pegawai Eksekutif ESI, Ahmed Faris Amir.

 “Kami teruja dapat bersama menganjurkan MEL21 dengan sokongan kesemua persatuan esukan dari 16 negeri, satu kerjasama yang menyasarkan untuk bertahan hingga banyak edisi akan datang. Dengan sokongan penerbit permainan seperi Moonton dan Tencent Games menunjukkan minat industri dalam pembangunan dan penglibatan bakat daripada pelbagai peringkat,” tambahnya.

Peringkat pertama MEL21, Liga Negeri, dianjurkan bermula dari 31 Mei hingga 30 Jun dan dianjurkan serentak di kesemua 13 Negeri dan 3 Wilayah Persekutuan.

Peringkat kelayakan kemudiannya akan dianjurkan secara kalah-mati dengan format best of three sebelum finalis akan bersaing dalam format round-robin semasa di pusingan League Proper.

Pemenang setiap kategori akan memenangi hadiah sebanyak RM2,000 dan akan mewakili negeri masing-masing di peringkat Kebangsaan yang akan dianjurkan bermula 5 Julai hinggan 30 Julai ini. Liga Kebangsaan akan menggunakan format round-robin akan dijalankan sepanjang tiga minggu, dan pasukan atau pemain yang memperoleh mata tertinggi akan memenangi wang ringgit RM20,000 tunai dan dinobatkan Juara Kebangsaan. 

RELATED NEWS

+