Flight Of The Valkyries – Tournament International Dota 2 Pertama Untuk Wanita

Bersedialah korang untuk kejohanan e-sukan Dota 2 bagi golongan wanita, best of the best di rantau Asia!

Flight of the Valkyries Grand Finals akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di Battle Arena, Petaling Jaya menyaksikan 4 pasukan dari Malaysia, Singapura, Filipina dan China berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM20,000.

Pusingan kelayakan Disember lalu mengumpulkan 8 pasukan dari Malaysia, China, Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina, Cambodia dan Indonesia. Dalam format terbaik daripada 3 dan single-elimination (tiada lower bracket) ini, pasukan Synergy88.Wargods, Valkyries, Maya, Pacific Pink dan ArkAngel.FE dari Filipina, diikuti Asterisk dari Singapura, pasukan Malaysia, Grills Gaming dan White Give dari China akan bertarung untuk merebut gelaran juara.

3 daripada ahlinya adalah pemain dari Malaysia.

Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk menjadi offline platform bagi wanita menunjukkan kemahiran mereka dalam suasana professional. Pastinya ia menjadi kayu ukur untuk setiap kejohanan untuk wanita yang diadakan selepas ini. Bagi penulis, ia bagus untuk memberikan wanita peluang, dan menjadi satu #femaleempowerment bagi golongan gadis di luar sana untuk lebih berani bersaing dan menonjolkan bakat mereka dalam arena e-sukan.

Korang boleh mengikuti perkembangan terkini, livestreams dan gambar-gambar ketika pertandingan di page Flight of the Valkyries.

Nota: Penulis diberitahu wakil Malaysia, Grills Gaming tak dapat bertanding kerana masalah tak dapat dielakkan.

Flight of the Valkyries dibawakan oleh MSI, NVIDIA dan Corsair.

RELATED NEWS

+