penulis sendiri, majalah terkenal Forbes juga menganggapnya antara permainan indie terbaik tahun ini."> penulis sendiri, majalah terkenal Forbes juga menganggapnya antara permainan indie terbaik tahun ini." /> penulis sendiri, majalah terkenal Forbes juga menganggapnya antara permainan indie terbaik tahun ini." />

Forbes namakan No Straight Roads salah satu permainan indie terbaik 2020

Salah satu permainan video buatan Malaysia yang dilancarkan pada tahun ini ialah No Straight Roads. Selain daripada mendapat pujian daripada penulis sendiri, majalah terkenal Forbes juga menganggapnya antara permainan indie terbaik tahun ini.

Penulis Forbes Matt Gardner baru-baru ini mengeluarkan artikel tentang 10 permainan indie kegemarannya yang dilancarkan pada tahun ini dan No Straight Roads diletakkan pada tempat keempat.

Ini merupakan satu pujian besar kerana terdapat ratusan permainan indie hebat yang dikeluarkan pada tahun ini. Tahniah diucapkan kepada studio tempatan Metronomik kerana berjaya mengeluarkan produk hebat bertaraf antarabangsa!

No Straight Roads kini boleh dimainkan di PC (Epic Games Store), PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One.

Sumber: Forbes

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+