Ramai yang menantikan jika e-sukan akan dipertandingkan di Sukan SEA akan datang di Hanoi, Vietnam pada 2021. Seperti yang kita tahu, dua tahun lalu e-sukan dijadikan acara berpingat di dalam Sukan SEA di Filipina yang mana atlet negara, Dr. Yew Weng Kean berjaya memperoleh emas.
Pada tahun depan, sekali lagi e-sukan akan dipertandingkan dan nampaknya seperti ada perubahan.
Menurut jurulatih untuk pasukan Free Fire Indonesia, TeamNXL, e-sukan Free Fire dan FIFA Online 4 akan disertakan dalam Sukan SEA Hanoi tapi tiada Dota 2 dan Tekken 7.
E-sukan dipertandingkan sebelum ini seperti Mobile Legends, Starcraft II, Arena of Valor dan Hearthstone dikekalkan.
View this post on Instagram
Jika langkah ini dibuat, ia tidak mengejutkan kerana Free Fire mempunyai playerbase yang ramai di Asia Tenggara, begitu juga FIFA Online 4. Tapi agak menyedihkan kerana Dota 2 adalah permainan popular e-sukan sejak dulu dan Tekken 7 juga mempunyai ramai atlet berbakat di Malaysia.
Info ini bagaimanapun belum lagi rasmi kerana tiada kenyataan daripada negara penganjur lagi.
Sukan SEA Hanoi 2021 akan dijalankan pada 21 November hingga 2 Disember tahun depan.