Gaji Celiboy RM14,000 sebulan?

Bermain dalam pasukan profesional di arena kompetitif Mobile Legends pasti menjadi impian buat ramai pemain di luar sana.

Boleh dikatakan, hobi bermain permainan video itu akan bertukar menjadi rezeki dalam berbentuk wang untuk dibelanjakan.

Seperti kita sedia maklum, permainan Mobile Legends ini sangat popular di negara seberang Indonesia. MPL ID diiktiraf sebagai francais di dalam senarai pertandingan e-sukan Mobile Legends.

Sudah tentu berada di dalam sebuah pasukan MPL akan memberikan pendapatan yang lumayan. Menurut Celiboy dan Pai dari Alter Ego, mereka memperolehi pendapatan sebanyak 50 juta rupiah (RM14,000) untuk tempoh satu bulan.

Begitu banyak sekali pendapatan mereka untuk satu bulan, belum lagi ditambah dengan bonus jika memenangi piala untuk pasukan. Contohnya seperti Liga Profesional Mobile Legends (MPL), ia boleh mencecah sebanyak 200 juta rupiah (RM56,000) sebagai bonus kemenangan.

Namun begitu, untuk menjadi seorang pemain profesional bukanlah mudah dan memerlukan mental yang sangat kuat dan komitmen yang tinggi.

Mereka harus scrim selama 10-12 jam sehari dan tekanan yang diberikan dari pihak pengurusan serta peminat sangat tinggi untuk melihat sesebuah pasukan itu bergelar juara.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+