GameShark kembali sebagai perisian AI

Suatu masa dahulu GameShark terkenal sebagai perisian untuk anda menggunakan cheats atau menggodam permainan video anda.

Ramai para pemain akan ingat anda perlu meletakkan CD GameShark bagi mengaktifkan cheat codes dan letakkan CD permainan video yang anda mahu main.

Logo for cheat code brand GameShark.

GameShark kini kembali sebagai AI Shark khas untuk pemain lebih kasual.

Dari menggunakan cheat code, AI Shark kini menjadi perisian AI untuk membantu pemain meningkatkan lagi gameplay mereka.

Menurut pengasas AI Shark Tood Hays, AI Shark akan dilancarkan mulai September ini yang diwar-warkan akan hadir bersama-sama Nintendo Switch 2.

RELATED NEWS

+