Gigantic MOBA hero shooter kembali selepas 6 tahun

MOBA hero shooter Gigantic antara permainan genre hero shooter yang memberi banyak tanggapan baik tetapi tidak berjaya mengumpulkan ramai peminat.

Permainan ini juga adalah salah satu mangsa kemunculan Overwatch dan akhirnya menutup tirai pada tahun 2018.

Gigantic kini kembali dengan Gigantic: Rampage Edition yang memberikan kesemua kandungan yang ada termasuk dua hero dan dua peta baru serta mod lebih pantas yang digelar Rush.

Mod Rank juga akan ditambah pada April nanti termasuk semua skin hero yang boleh didapatkan secara percuma dengan hanya bermain permainan ini.

Ia akan dijual dengan harga AS$20 (RM95) di Steam.

RELATED NEWS

+