Honor of Kings Invitational 2024 Musim 1 Istanbul: format, pasukan dan hadiah wang terkumpul

Pertandingan Honor of Kings kini akan bermula di serata dunia dengan Istanbul sebagai destinasi pertama.

Honor of Kings Invitational 2024 Musim 1 Istanbul akan bermula pada 2 Mac ini dan akan berlangsung selama seminggu.

Image

Acara ini juga bakal membawa hadiah wang terkumpul sebanyak AS$300 ribu (RM1.43 juta).

Honor of Kings adalah MOBA 5 lawan 5 yang paling popular di China selama ini dan dibangunkan oleh TiMi Studios group dan diterbitkan oleh Tencent Games.

Jadual dan Format

Honor of Kings Invitational 2024 Season 1 Istanbul schedule

Peringkat kumpulan akan bermula pada 2-5 Mac. Playoffs pula akan bermula pada 7-10 Mac depan.

Pasukan yang bertanding:

Image

  • Alpha7 Esports
  • BeÅŸiktaÅŸ Esports
  • FUT KAOS
  • IW NRX
  • Major Pride
  • Stalwart Esports
  • Twisted Minds
  • Keyd Stars

Pembahagian kumpulan untuk setiap pasukan masih belum diketahui setakat ini.

Jangan lupa untuk menonton Honor of Kings Invitational 2024 Musim 1 Istanbul  di laman rasmi HoK Global Esports di YouTube.

RELATED NEWS

+