Grand Theft Auto VI akan dilancarkan 2025 ini!

Video trailer Grand Theft Auto VI (GTAVI) baru sahaja keluar dan permainan video yang dinanti-nantikan ini akan keluar pada tahun 2025.

Tepat dengan desas-desus sebelum ini, penceritaan GTA VI akan bersambung di Vice City  yang seakan-akan Miami.

GTA VI kali ini juga memberi peluang untuk menjadi karakter wanita pertama dalam francais GTA.

Trailer ini dikeluarkan apabila terdapat beberapa ketirisan dimana trailer itu telah keluar awal dan Rockstar Games terus mengeluarkan video trailer GTA VI untuk tontonan orang ramai.

Seluruh francais GTA telah terjual sebanyak 440 juta unit setakat ini dan GTA VI menjadi sambungan francais yang ditunggu-tunggu sejak bertahun-tahun.

GTA VI kali ini banyak dipengaruhi elemen budaya rap gangster, penjualan dadah, rompakan, merosakkan harta dan pelbagai lagi.

RELATED NEWS

+