Hasnul Hadi Samsudin kini telah dilantik menjadi Ketua Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios (WWS) Malaysia Studio."> Hasnul Hadi Samsudin kini telah dilantik menjadi Ketua Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios (WWS) Malaysia Studio." /> Hasnul Hadi Samsudin kini telah dilantik menjadi Ketua Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios (WWS) Malaysia Studio." />

Hasnul Hadi Samsudin dilantik menjadi Ketua studio PlayStation pertama di Asia Tenggara

Bekas Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Hasnul Hadi Samsudin kini telah dilantik menjadi Ketua Sony Interactive Entertainment (SIE) Worldwide Studios (WWS) Malaysia Studio.

Studio tersebut merupakan studio PlayStation pertama yang ditubuhkan oleh SIE di Asia Tenggara. Pembukaan studio ini diumumkan oleh Shuhei Yoshida, Ketua Independent Developer Initiative di SIE, di acara LevelUp KL 2019 pada tahun lepas.

Semasa beliau berkhidmat di MDEC, Hasnul bertanggungjawab mengetuai dan merancang pelbagai projek dan inisiatif untuk membangunkan sektor-sektor seperti animasi, permainan video, kandungan mudah alih, dan VFX. Beliau juga merupakan seorang peminat permainan video dan rancangan serta filem animasi.

Perkembangan ini menunjukkan Malaysia mempunyai potensi tenaga kerja dan bakat yang boleh diukir menjadi pemimpin-pemimpin global dalam industri pembangunan permainan video.

Kami di MyGameOn yakin Hasnul ialah pemimpin yang sempurna untuk menjadi Ketua SIE WWS Malaysia Studio dan kami mengucapkan tahniah kepada beliau!

Foto: Facebook

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+