MDEC membuka pendaftaran pencalonan SEA Games Award 2021 sehingga 13 Ogos

Perbadan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan penganjuran SEA Games Awards 2021 di mana mereka akan mengetengahkan kreativiti, kesenian dan kepintaran teknikal daripada pembangun dan permainan daripada industri permainan video Asia Tenggara.

Bagi anugerah kali ini 10 pencalonan akan dipertandingkan, iaitu:

  • Pilihan Juri
  • Pilihan Penonton
  • Pembangun Baru Terbaik
  • Seni Visual Terbaik
  • Inovasi Terbaik
  • Audio Terbaik
  • Teknologi Terbaik
  • Rekaan Permainan Terbaik
  • Penceritaan Terbaik
  • Permainan Pelajar Terbaik

Studio permainan dan pelajar Asia Tenggara yang terlibat dalam pembangunan permainan digalakkan untuk menghantar pencalonan mereka, sebelum 13 Ogos 2021.

Bagi mereka yang ingin mendaftar pencalonan sila layari SINI

Pemenang akan diumumkan pada majlis SEA Games Awards yang akan berlangsung pada November nanti yang akan ditayangkan secara siaran langsung di seluruh rantau Asia Tenggara di pelbagai platform.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari MDEC, atau ikuti mereka di laman Facebook dan Instagram.

RELATED NEWS

+