Homebois adalah juara Thinq Esports Championship 2021

Kejohanan Thinq Esports 2021 kini sudah memasuki peringkat Grand Final. Pasukan Homebois akan bertemu dengan Orange Esports untuk menentukan siapakah yang layak bergelar juara.

Homebois mendahului dengan skor 2-1 setakat ini. Mereka hanya perlu memenangi satu sahaja lagi perlawanan untuk memenangi kejohanan ini.

Di perlawanan keempat, pasukan Homebois menggunakan Natan sebagai jungler sementara Orange Esports membawa masuk Hayabusa.

Chibi lebih cemerlang mendapatkan farming dan pasukan beliau memenangi setiap lane dengan bantuan Abyssal Arrow dari Selena.

Pasukan Orange tidak berjaya mengawal situasi perlawanan ini dan Homebois terus melakukan asakan untuk menghentikan kemaraan Orange Esports di dalam peta.

Homebois terus melakukan pushing ke arah lane tengah dan mereka berjaya menamatkan permainan seterusnya berjaya memenangi Kejohanan Thinq Esports 2021.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Homebois. Mereka menunjukkan prestasi yang lebih baik pada Kejohanan kali ini.

Pasukan Homebois membawa pulang RM4,000 sebagai juara manakala pasukan Orange Esports mendapat Rm2,500 sebagai naib juara.

RELATED NEWS

+