Honor Of Kings Untung Sebanyak USD4 Billion

Permainan Honor Of Kings (Arena of Valor) nampaknya dah mengaut keuntungan luar biasa setakat ini, melebihi USD4 Billion!

Syarikat pengumpul data, Sensor Tower umumkan yang permainan itu untung sebanyak USD1.8 billion di seluruh dunia dan mencatat 68 juta muat turun. Setakat ini ia berjaya meraih sebanyak 278 juta downloads secara keseluruhan. 

Ini belum lagi termasuk jualan third party untuk Android stores di China.

Pada September, permainan ini mencatatkan jualan melebihi USD3.5 billion!

DI LUAR CHINA

Nampaknya bukan saja dalam negara China tapi di luar (Arena of Valor) juga mencatatkan kenaikan 40% dari tahun ke tahun, melebihi USD100 juta tahun ini.

Jumlah downloads juga konsisten iaitu 46 juta.

Asia Tenggara mencatatkan jumlah muat turun tertinggi dengan 33% dari Vietnam, 25% pula dari Thailand. Amerika Syarikat pula hanya mewakili 2 peratus saja.

Thailand mencatatkan 34 peratus dari jualan, Taiwan pada 29% dan Hong Kong pada 14%. USA hanya meraih sebanyak 5% dari keuntungan.

Jumlah downloads juga meningkat disebabkan Arena of Valor yang dilancarkan di platform berlainan iaitu Nintendo Switch.

RELATED NEWS

+