Ikonei Island: An Earthlock Adventure – rungkai misteri pulau Ikonei

Ikonei Island adalah permainan video pengembaraan penuh relaks yang boleh dimainkan secara solo atau bersama rakan-rakan.

Permainan video ini dibangunkan oleh Snowcastle Games dan diterbitkan oleh Jetpack Collective dan The Iterative Collective.

Anda akan meneroka satu pulau cantik yang penuh dengan misteri-misteri.

Permainan ini juga membolehkan anda untuk membina rumah dan menjalinkan ikatan persahabatan dengan makhluk ajaib.

Ikonei Island akan memberi anda perasaan yang sama seperti bermain Stardew Valley, Animal Crossing, dan Dinkum.

Seperti biasa, genre ini membawa pengumpulan sumber, bercucuk tanam, crafting dan sistem khas untuk Ikonei Island.

Makhluk ajaib yang berkawan dengan anda juga boleh membantu untuk berlawan dan menggunakan kuasa mereka untuk pergi ke tempat yang anda tidak boleh jelajah di pulau itu.

Versi konsol Ikonei Island: An Earthlock Adventure juga akan dikeluarkan pada 21 Mac ini di PlayStation dan Xbox.

Permainan ini boleh dbeli di Steam dan Epic Games Store.

RELATED NEWS

+