Ini antara projek-projek Razer yang paling gila setakat ini

Razer amat terkenal dengan produk aksesori yang dilengkapi RGB yang kemas. Ia juga terkenal dengan harganya yang agak tinggi. Tetapi yang mungkin anda tidak tahu adalah Razer juga syarikat yang sering membangun projek-projek gempak yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana syarikat lain.

Tidak percaya? Cuba lihat projek-projek di bawah ini.

Project Valerie

Cuba bayangkan laptop, tapi ada tiga skrin. Ya! Tiga skrin 4K asing yang setiap satu adalah 17.3 inci! Inilah yang diperkenalkan oleh Project Valerie. Prototaip ini juga pernah dicuri di CES 2017.

Project Linda

Jika anda sering bermain permainan di telefon anda, cuba bayangkan jika anda boleh jadikan telefon anda sebahagian daripada laptop. Itulah yang ditawarkan oleh Project Linda.

Telefon anda boleh dislotkan ke ruangan pad sentuh dan dijadikan skrin kedua untuk pelbagai fungsi. Ia juga berfungsi sebagai kawalan tetikus.

Project Hazel

Projek ini tidak berkaitan aksesori permainan video tetapi ia lebih kepada aksesori gaya hidup. Tidak seperti projek-projek di atas, projek ini sudah melepasi fasa prototaip dan boleh dibeli oleh pengguna. Ia dikenali di pasaran sebagai Razer Zephyr.

Razer membangunkan projek ini untuk menjadikan alat kesihatan yang tetap bergaya, dilengkapi dengan RGB dan penapis magnetik yang boleh ditukar.

Project Ariana

Project Ariana adalah alat projektor yang lain daripada yang lain. Ia mampu menukarkan bilik anda menjadi skrin gergasi untuk memberi pengalaman imersif yang tiada tandingan. Alat ini berfungsi dengan membaca ruangan bilik pengguna untuk menyesuaikan diri dengan ruangan itu.

Cuba lihat video di bawah.

Project Sophia

Tahun ini, Razer cuba membawa konsep meja yang boleh disuai mengikut keperluan dan penggunaan anda. Setiap ruang meja itu boleh dilengkapi modul yang magnetik untuk memudahkan pengguna mengubah suai meja masing-masing.

Setakat ini, cuma Project Hazel yang berjaya dipasarkan sebagai Razer Zephyr, tetapi semuanya tetap projek dan konsep yang menarik. Projek yang manakah yang paling menarik sekali menurut pendapat anda?

TAGS

RELATED NEWS

+