Razer menjadikan maskotnya watak utama animasi dihasilkan mereka

Gamers seantero dunia pasti mengenali jenama aksesori permainan iaitu Razer.

Dilengkapi dengan warna hijau cerah dan hitam, jenama ini pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang menggelar dirinya sebagai gamer. Namun, tahukah anda jenis binatang maskot serta nama maskot jenama hijau itu?

Jika anda lihat logo ini dengan teliti, anda akan perasan bahawa haiwan maskotnya adalah ular! Ya, Razer menggunakan ular serta nama-nama ular dan ular mitos seperti Viper, Deathadder dan Basilisk dalam menamakan tetikus mereka. Selain itu, maskotnya yang sebenar pula dinamakan Sneki Snek. Alahai comelnya nama.

Sneki Snek ini asalnya dicipta oleh Min-Liang Tan untuk anaknya, namun maskot itu kini menjadi lambang menentang pembalakan haram serta memupuk penanaman semula pokok-pokok di hutan melalui saluran bantuan wang ke organisasi Conservation International dengan wang hasil jualan barangan Sneki Snek. Kini, ia menjadi maskot kesayangan ramai, sehingga mendapat laman peminatnya tersendiri.

Usaha menangani isu pembalakan haram itu juga dipertingkatkan. Razer mengeluarkan siri web kanak-kanak dalam usaha mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Episod pertama sudah dilancarkan di YouTube Razer dan boleh ditonton di bawah.

Razer dan Sneki akan membintangi siri kartunnya sendiri yang dikenali ‘Sneki Snek and Friends’ yang mengajar kanak-kanak mengenai isu-isu alam sekitar seperti penebangan hutan, penangkapan ikan berlebihan, pencemaran udara, upcycling, pertanian slash-and-burn dan perubahan iklim. 

Musim pertama akan sepanjang enam episod dan ditayangkan dengan kerjasama syarikat pelaburan Franklin Templeton, yang menandatangani rancangan Razer untuk menyelamatkan sejuta pokok dengan sumbangan 50,000 pokok.

RELATED NEWS

+