Ini barisan roster Vitality untuk LEC 2022

Menjelang musim LEC 2022, Vitality hari ini memperkenalkan barisan roster baharu mereka.

Bagi LEC 2022 ini adalah barisan roster terbaharu untuk Vitality:

  • Barney ‘Alphari’ Morris – top laner
  • Oskar ‘Selfmade’ Boderek – jungler
  • Luka ‘Perkz’ Perkovic – mid laner
  • Matyáš ‘Carzzy’ Orság – AD Carry
  • Labros ‘Labrov’ Papoutsakis – support
  • Louis-Victor ‘Mephisto’ Legendre – ketua jurulatih
  • Simao ‘Simon’ Oliveira – pembantu jurulatih 
  • Dimitri ‘Noodlez’ Zografoz – ketua penganalisa.

Labrov bermain untuk Vitality sejak 2020, dan menjadi pemain paling lama di dalam pasukan itu.

Alphari dan Perkz sebelum ini pernah bermain untuk Amerika Utara bagi musim 2021, di mana Alphari untuk Team Liquid dan Perkz di Cloud9. Carzzy pula pernah bermain MAD Lions dan pernah memenangi LEC Splits. 

Dengan barisan roster baru ini, Vitality menyatakan ini adalah “barisan pemain yang paling berjaya dalam sejarah esports” dan sudah pasti mereka menyasarkan untuk menjuarai Worlds 2022. 

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+