Team Vitality umum pasukan wanita MLBB, ambil alih roster Bigetron Era

Team Vitality kini mempunyai pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) mereka sendiri selepas pemerolehan pasukan Indonesia, Bigetron Era.

Dianggap sebagai salah satu pasukan wanita terbaik, Bigetron Era juga sudah membuktikan mereka adalah yang terbaik dengan memenangi pelbagai kejuaraan tempatan dan antarabangsa.

Organisasi dari Perancis ini bakal membuat penstrukturan global dengan pasukan MLBB mereka ini.

Ahli pasukan Team Vitality:

Vivian – Roamer

Fumi – EXP Laner

Vival – Jungler

Cinny – Mid Laner

Chel – Gold Laner

Jurulatih untuk pasukan ini akan dipelopori oleh Susugajah yang juga bekas pemain profesional MOBA seperti Mobile Legends, Wild Rift dan Arena of Valor.

Manakala penganalisis pasukan ini adalah Dewa yang juga bekas pemain profesional Wild Rift.

Pasukan ini juga bakal bertanding untuk pertandingan MLBB kategori wanita di Esports World Cup 2024.

Team Vitality MLBB adalah pasukan wanita kedua mereka selepas Rising Bees iaitu pasukan wanita bagi League of Legends.

RELATED NEWS

+