Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK Zon Timur berlangsung dengan meriah sekali dari 12 hingga 13 April 2019 bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Terengganu.
Sepanjang 2 hari ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung #XPAXKEK antaranya wacana pendidikan bersama personaliti terkenal dalam industri e-sukan dan game, persembahan artis tanahair terkenal, mencuba banyak permainan secara percuma dan yang ditunggu-tunggu, pertandingan e-sukan antara universiti.
Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu ini adalah Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2019. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori permainan:
Dota 2
PES 2019
Mobile Legends
Juara-juara ini bakal berentap di Grand Final yang bakal berlangsung di Sunway Pyramid Ice Skating Rank pada 26 hingga 27 April 2019 untuk membolot hadiah terkumpul wang berjumlah RM180,000! Tahniah kami ucapkan.
Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan juga pihak UniSZA di atas kerjasama ini!