Mobile Legends: Empat Skuad Layak Ke Separuh Akhir MLBB Celcom #XPAXKEK Semester 2 Zon Tengah

Nampaknya aura menyelubungi Dewan Berlian kali ini lebih hangat berbanding Semester 1 lepas apabila pasukan baru muncul bertanding dalam Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Semester 2 ini.

BOi, Ultra Instinct, 7th Generation dan Team Pyro adalah empat pasukan yang layak ke Semi Final MLBB berlangsung pada hari ini. Jom kita saksikan kembali perlawanan berlangsung semalam.

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Quarter Final 1- Team Virtue [UTM KL] vs Boi [KUPTM KL]

Dah sampai masa untuk kita saksikan Quarter Final 1 #XPAXKEK dimana Team Virtue (Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur) akan menyusun strategi mereka untuk melawan musuh Dari Team Boi (Kolej Universiti Poly-Tech Mara)! Korang rasa siapa yang layak untuk ke peringkat seterusnya?

Posted by My Game On on Saturday, October 5, 2019

MLBB CELCOM #XPAXKEK SEM 2 Quarter Final 2 – MSU Pheonix [MSU Shah Alam] vs Team Pyro [Poli Shah Alam]

Perlawanan terakhir bagi Quarter Final 2 hari ini akan diteruskan dengan pasukan MSU Pheonix (MSU Shah Alam) menentang Team Pyro (Poli Shah Alam)! Nantikan team mana yang akan ke Semi Final esok okay? Jumpa esok! #XPAXKEK #DemiMaruahKampus

Posted by My Game On on Saturday, October 5, 2019

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+