Jom dapatkan telefon pintar midrange sesuai untuk tugasan dan gaming, menangi baucar tunai RM5,000!

Telefon pintar berkualiti sangat penting untuk kita semua terutamanya gamers yang masih lagi menyambung pengajian di institut pengajian tinggi.

Nak jadikan ‘laptop’ kedua, nak catat nota dan nak rekod video, pastinya telefon pintar itu harus mempunyai spesifikasi yang sesuai.

Ditambah lagi dengan ramai pelajar dan mahasiswa tidak mampu untuk membeli telefon yang mahal kerana belum bekerja jadi telefon pintar harga pertengahan adalah pilihan.

Dikenali sebagai ‘Mid-Range King’, siri Redmi Note 11 sangat menepati ciri-ciri diidamkan anda.

Redmi Note 11 Series mempunyai empat jenis variasi iaitu:

  • Redmi Note 11
  • Redmi Note 11S
  • Redmi Note 11 Pro
  • Redmi Note 11 Pro 5G

Jom menang RM5,000 baucar tunai setiap minggu!

Anda hanya perlu membeli mana-mana model Redmi Note 11 Series ini di mana-mana kedai rasmi Xiaomi dan berpeluang menjadi antara tiga pemenang bertuah memenangi baucar tunai berjumlah RM5,000 pada setiap minggu.

Promosi ini akan berlangsung dari 14 November hingga 31 Disember ini.

3 sebab kenapa anda perlu mendapatkan siri Redmi Note 11

1. Masalah skrin lag untuk edit assignment? Tak perlu risau

Telefon pintar ini mempunyai kadar segar semula yang tinggi iaitu 120Hz dan touch sampling sehingga 360Hz.

Sudah semestinya ia memberikan anda pengalaman terbaik ketika swipe dan menaip. Nak edit assignment on-the-go pun tiada lagi masalah.

Nak catat nota penting dari pensyarah pun mudah dan paparan skrin yang jelas memudahkan lagi anda membaca semula nota dengan sunlight display.

Malah peralihan di antara aplikasi juga boleh dilakukan tanpa lag dengan sokongan 8GB RAM. Multitask juga tidak menjadi masalah dan sesuai untuk tugasan harian.

Ditambah dengan cip pemprosesan MediaTek helio G96, pengalaman gaming sangat menarik. Jika anda sudah siap tugasan, anda boleh bermain permainan mudah alih yang sudah semestinya dengan sokongan 120Hz untuk gaya permainan lebih lancar.

Mobile Legends, PUBG Mobile, Free Fire dan Marvel Snap pastinya tiada masalah untuk dimainkan pada tahap grafik yang baik.

Redmi Note 11 juga menggunakan kombinasi Liquid Cooling dan teknologi MMT untuk Redmi Note 11 Pro 5G dan Note 11 Pro. Peranti takkan terasa panas bila main game dengan tahap grafik yang tinggi.

2. Keluasan skrin 6.67 inci yang cerah, pengecasan pantas

Skrin AMOLED yang digunakan juga sangat cerah ketika cuaca panas terik dan sudah semestinya tidak akan membawa masalah ketika membuat assignment di luar.

Jika anda perlu membuka aplikasi seperti Microsoft Word dan Excel, segala info pasti lebih jelas dengan kelebaran skrin ini dan anda tiada masalah melihat dan membaca nota-nota di bawah sinaran matahari.

Paling penting bukan assignment sahaja tapi ketika bermain permainan mudah alih juga terasa lebih puas.

Ia juga didatangkan dengan kapasiti bateri 5,000 mAH jadi tiada lagi masalah perlu bawa power bank untuk caj peranti setiap masa. Walaupun bateri berkapasiti besar, tapi ia menyokong pengecasan pantas.

Bagi siri Redmi Note 11S dan Redmi Note 11, anda hanya perlu mengambil masa sejam untuk mengecas penuh bateri dengan pengecasan pantas 33W Pro. Fuhh laju betul kan?

Bagi Redmi Note 11 Pro, lebih laju dengan pengecasan turbo 67W. Yang menariknya, 50% bateri sudah pun tersedia dengan pengecasan sekurang-kurangnya 15 minit saja.

Jadi bagi anda yang sudah lewat ke kuliah dan mahu berhubung melalui aplikasi sosial seperti Whatsapp, Twitter dan Facebook, anda tidak perlu risau lagi!

3. Kualiti speaker yang baik, kamera utama 108MP

Speaker yang digunakan oleh Redmi Note 11 sangat sesuai untuk mendengar lagu sambil membuat assignment kerana ia menggunakan Dual Speaker (di atas dan bawah peranti).

Bagi kesemua model, ia mempunyai kamera 108MP, sangat sesuai untuk mendapatkan foto yang menarik dalam semua jenis pencahayaan.

Malah, bagi anda yang mempunyai subjek memerlukan banyak foto, lensa yang baik ini pastinya boleh memberikan hasil cukup memuaskan untuk tugasan anda.

Pada waktu malam atau di tempat yang kurang pencahayaan, kamera ini juga mampu memberikan prestasi baik dalam pencahayaan malap. Nak rekod video untuk tugasan juga tiada masalah lagi.

Bagi anda yang mahu ambil foto landskap, gunakan kamera kedua, 8MP. Kalau nak gambar yang lebih dekat tapi masih cantik, gunakan lensa 2MP makro.

Bagi anda yang gemar berswafoto pula, 16MP kamera depan sudah cukup memadai merakamkan momen menarik setiap hari.

Inilah senarai harga bagi siri Redmi Note 11:

Redmi Note 11 (6GB + 128GB) – RM849
Redmi Note 11S (8GB + 128GB) – RM999
Redmi Note 11 Pro (8GB + 128GB) – RM1,149
Redmi Note 11 Pro 5G (8GB + 128GB) – RM1,299

Jadi apa tunggu lagi inilah masanya untuk mendapatkan model baru bagi telefon pintar anda. Tak ada masalah lagi nak main game dan guna secara harian!

Dapatkan maklumat lanjut siri Redmi Note 11 melalui laman sosial mereka di Facebook dan Instagram atau boleh layari laman rasmi mereka di Xiaomi Malaysia.

RELATED NEWS

+