Jom Datang Ke Celcom XPAXKEK Semester 2 Di UiTM Puncak Alam – Persembahan Artis, Gaming & Banyak Lagi!

Kemeriahan Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Semester 2 diteruskan lagi ke UiTM Puncak Alam, Selangor pada Sabtu dan Ahad ini.

Acara e-sukan antara universiti ini bakal berlangsung esok hingga 6 Oktober akan menyaksikan pertandingan sengit permainan e-sukan popular iaitu Mobile Legends dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG Mobile).

Selain pertandingan e-sukan, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh sertai dan nikmati. Jom baca 8 sebab korang memang kena berkunjung ke UiTM Puncak Alam pada hujung minggu ini!

 

1. Saksikan persembahan artis oleh Amir Hasan, Nabila Razali, Wany Hasrita, Haqiem Rusli dan Muna Shahirah

Kali ini, kami bawakan lima artis popular tanahair iaitu Amir Hasan, Nabila Razali, Wany Hasrita, Haqiem Rusli dan Muna Shahirah.

Kepada semua peminat, jangan lepaskan persembahan mereka di atas pentas XPAXKEK Zon Tengah dalam sesi KEK Jam bermula pada pukul 5.30pm pada hari Ahad.

 

2. Serlahkan bakat Counter-Strike: Global Offensive korang (CS:GO) dan menang hadiah laptop gaming Lenovo Legion.

Selain pertandingan Mobile Legends dan PUBG Mobile, serlahkan bakat terpendam dalam perlawanan CS:GO terbuka untuk semua pengunjung yang ditaja oleh Lenovo Legion di Experience Booth.

Dalam format 1 lawan 1 (1 vs 1), pemenang untuk hari pertama dan kedua bakal beradu tenaga untuk memenangi hadiah utama iaitu laptop Legion Y7000 manakala pemenang tempat kedua pula bakal membawa pulang monitor gaming Legion Y27q-20 WLED

 

3. Tonton perlawanan Mobile Legends dan PUBG Mobile

Untuk Zon Selatan, kita telah menyaksikan pasukan FORCES REBORN daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjuarai pertandingan Mobile Legends manakala pasukan UTEM Tuah daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka mendapat tempat pertama untuk PUBG Mobile di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 28 September lepas.

Pasukan Zon Tengah manakah yang bakal mengharumkan nama universiti untuk pertandingan dua game e-sukan popular ini pada Jumaat dan Sabtu ini?

Berikanlah sokongan padu kepada pasukan-pasukan yang mara ke XPAXKEK Zon Selatan di UiTM Puncak Alam nanti!

 

4. Temui pengulas Mobile Legends terkenal, Ikuto dan SparTankeR

Pengulas yang memang dikenali dalam kalangan peminat Mobile Legends akan berganding bahu untuk bawakan ulasan mantap berdasarkan pertarungan sengit antara pasukan universiti-universiti di zon Tengah ini.

Jangan lupa berkunjung ke UiTM Puncak Alam untuk bertemu dan beramah mesra bersama mereka berdua ini!

 

5. Menang cabutan bertuah dari Realme, Lenovo Legion dan Lazada Malaysia

Acara besar sebegini tak lengkap tanpa pengunjung membawa pulang hadiah menarik melalui cabutan bertuah! Ada hadiah lumayan khas dari Lenovo dan barangan lain dari Realme seperti baju eksklusif, botol air dan sarung borol. Juga ada tetikus dan gaming headset Rapoo ditaja Lazada (bernilai sehingga RM2,500) sepanjang dua hari ini.

Kalau korang datang pada hari Sabtu dan tunggu sehingga ke akhir acara, korang berpeluang untuk memenangi hadiah Grand Lucky Draw. Nak tahu apa hadiahnya? Jom ajak kawan-kawan korang untuk datang sekali ke UiTM Puncak Alam pada hujung minggu ini!

Jangan lepaskan peluang keemasan untuk membawa pulang telefon pintar terbaru RealMe 5 Pro dan 1 set monitor Lenovo L22e-20 21.5 inci LED Backlit LCD bersama PC IdeaCentre 510.

 

6. Ketahui lebih tentang industri gaming dan e-sukan

Industri gaming dan e-sukan ternyata semakin berkembang di Malaysia. Kalau korang nak tahu lebih terperinci tentang industri yang semakin rancak di negara kita, korang boleh dengar perbincangan dan pendapat tentang gaming dan e-sukan khususnya di Selangor melalui Sembang Gamers.

 

7. Main game santai-santai dan bawa pulang hadiah!

Siapa kata main game ini membuang masa? Korang boleh relaks dan santai sambil bermain game seperti dalam Beat Saber, Taiko no Tsujin, F1 dan banyak lagi dalam KEK Trial dan berpeluang untuk memenangi hadiah barangan menarik dari Lazada. 

 

8. Saksikan pertarungan persahabatan Xpax X-Assins dan pasukan suku akhir

Xpax X-Assins antara pasukan terkenal yang bertarung dalam liga besar Mobile Legends seperti Mobile Legends Professional League (MPL) bakal beradu tenaga dengan pasukan yang mara ke suku akhir.

Nak tahu siapa yang akan menang dalam perlawanan persahabatan ini? Pastikan korang datang ke UiTM Puncak Alam pada pukul 2.45pm hari Sabtu ini!

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Honda Malaysia, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

Untuk maklumat lanjut tentang Celcom XPAXKEK Semester 2, layari laman sesawang utama di sini dan ikuti perkembangan acara ini melalui FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan siaran langsung perlawanan Mobile Legends di setiap zon di Facebook kami.

Foto: IG @haqiemrusli98_, IG @wanyhasrita

RELATED NEWS

+