Inilah Juara-Juara Mobile Legends, PUBG Mobile Dan CS:GO Open Di Celcom #XPAXKEK Semester 2 Zon Borneo

Celcom XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (XPAXKEK) Zon Borneo berlangsung dengan jayanya pada 21 dan 22 September lepas di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak.

Pelbagai aktiviti menarik seperti main game percuma, persembahan artis, wacana pendidikan dan cabutan bertuah menanti lebih 1,000 urang Sabah dan Sarawak yang hadir pada acara itu.

Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu lepas iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Kategori Terbuka CS:GO.

 

Mobile Legends: Bang Bang

Juara: GODZ GENESYS – Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)


Naib juara: Maximus Rex – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Tempat ketiga: LEXUS – Universiti Malaysia Sabah (UMS)

 

PUBG Mobile

Juara: Acah-acah Gengster Squad – Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Naib juara: The Trinity Force – Politeknik Malaysia Kuching Sarawak

Tempat ketiga: ShieldTox (ST) – Institut Kemahiran Mara Kuching

 

Kategori Terbuka CS:GO


Juara: Christian Noel Jerry (Avasia)

Tempat kedua: Luqmanul Hakim bin Mohammad Bakery (Sokoro)

Setiap juara ini kecuali CS:GO Open akan berentap di pentas Grand Final dan bakal berentap di The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November ini dan yang paling menarik, penerbangan mereka akan ditaja oleh Malindo Air dan Hotel Royale Chulan bagi penginapan untuk atlet-atlet yang layak.

———

Edisi kedua Celcom XPAXKEK membawakan 2 kategori pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile dengan jumlah hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Mengikut format semester lepas, pelajar-pelajar bertanding dalam lima zon iaitu:

  • Borneo (Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak) – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching pada 21 & 22 September 2019 
  • Selatan (Negeri Sembilan, Melaka & Johor) – Paradigm Mall, Johor Bahru pada 27 & 28 September 2019
  • Tengah (Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam pada 5 & 6 Oktober 2019
  • Utara (Perak, Penang, Perlis & Kedah) – Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Induk Pulau Pinang pada 12 & 13 Oktober 2019
  • Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) – Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang pada 26 & 27 Oktober 2019
  • Grand Finale – The Curve, Damansara pada 22, 23 & 24 November 2019

Pasukan-pasukan berdaftar akan bertanding bagi merebut kedudukan 16 terbaik dalam peringkat online. 16 pasukan yang layak untuk kedua-dua game akan mara ke setiap zon bermula dari UNIMAS, Sarawak.

Pemenang pasukan dari setiap zon ini akan merebut gelaran juara keseluruhan dan hadiah wang terkumpul RM180,000 di The Curve, Damansara pada akhir November. Lebih menarik, kampus yang mengumpul mata tertinggi akan menerima biasiswa bernilai RM50,000 dibawakan oleh Celcom Xpax.

Pada semester lepas, juara keseluruhan disandang oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan tempat ketiga diperoleh oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

XPAXKEK Semester 2 dicetuskan secara eksklusif oleh Celcom XPAX, diaktifkan oleh Legion by Lenovo, Realme Malaysia, Malindo Airways, Rohto Mentholatum, Lazada, Fitlion, Royale Chulan Hotel, Honda Malaysia & OYO Hotels dan disokong oleh MDEC, Mobile Legends E-Project, KBS & ESM.

RELATED NEWS

+