Jom Saksikan Gameplay Pertama Artifact – Permainan Kad Valve Dengan 3 Laluan Seperti MOBA

Korang dah tengok belum? Game kad baru dari Valve seakan Hearthstone yang sekarang dah ada gameplay ditunjukkan!

Gamespot ketika mengunjungi HQ Valve sempat mencuba Artifact dan rekodkan sesi permainan mereka.

Seperti yang kita tengok, Artifact ada persamaan dengan game popular Blizzard iaitu Hearthstone: Heroes of Warcraft. Tapi ia juga ada elemen Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) di dalamnya yang menambahkan kepelbagaian untuk gameplay.

Artifact juga menggunakan hero dari dunia Dota seperti yang ditunjukkan dalam video. Kad bantuan turut mirip dengan skill daripada hero-hero sedia ada contohnya Frost Bite dari Crystal Maiden dan Thundergod’s Wrath dari Zeus.

Dari segi mekanismenya, setiap kad yang ditewaskan akan memberikan gold kepada pemain. Pada akhir pusingan, pemain boleh membeli kad baru menggunakan mata wang itu dan melakar strategi baru.

Agak ironik menyaksikan Valve datang dengan game kad yang menampilkan watak dari Dota 2 – yang sebenarnya menggunakan hero-hero yang terdapat dalam original Dota yang dibangunkan dalam enjin Warcraft 3 (IP milik Blizzard).

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+