Atlet Dota 2 wanita lawan Thailand jam 7 petang

Atlet Dota 2 wanita akan berentap lawan Thailand pada jam 7 petang ini di kejohanan Global Esports Games (GEG) di Riyadh, Saudi.

Mereka terdiri daripada velnaoh, iStarx, Hishiko, Oling, Lynnie dan Auroraa.

Kejohanan ini menganugerahkan pingat kepada pemain dan juga prizepool.

Meskipun tidak dikira dalam pungutan pingat seperti temasya namun kejohanan yang memfokuskan e-sukan ini berskala dunia dan diadakan secara tahunan oleh Persekutuan E-Sukan Global (GEF).

Siaran langsung boleh ditonton di https://www.twitch.tv/gef

Malaysia menghantar wakil bagi empat e-sukan iaitu Dota 2 kategori Terbuka, Dota 2 kategori Wanita, Street Fighter 6 dan e-Football.

RELATED NEWS

+