Jurulatih Bren Esports, Duckey memberi amaran kepada haters

Duckeyyy, jurulatih pasukan Bren Esports baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bebaur amaran buat ‘haters’, selepas pasukannya dikatakan mempamer prestasi yang kurang memberansangkan semasa MPL Filipina Musim 8. 

Francis “Duckeyyy” Glindo menulis di laman Facebooknya menyatakan, “saya menerima banyak mesej-mesej berbaur kebencian, dan sebahagian daripadanya adalah ugutan terus kepada saya dan pemain-pemain saya,”

I have been receiving tons of hate messages and some of them are threats directed to me and my players. Sure, you’re…

Posted by Francis Glindro on Monday, October 4, 2021

Jurulatih juara M2 World Champion itu kemudiannya mengakhiri tulisannya dengan amaran keras bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan buat mereka yang mengugut pemain-pemainnya. 

Sebelum ini, Bren Esports mengalami prestasi yang merudum semasa minggu keenam bagi MPL Filipina Musim 8, meskipun pasukan itu memberikan prestasi yang sangat baik pada awal kejohanan. Mereka juga kemungkinan bakal tersingkir jika terus kalah semasa menentang ECHO pada perlawanan seterusnya.

Bren Esports kini mengumpul 14 mata, dengan kedudukan di tempat ketujuh. Mereka mempunyai baki dua perlawanan untuk mereka menyelamatkan kedudukan pasukan mereka untuk mara ke pusingan Playoffs.

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+