Kambing Golek menang anugerah personaliti gamers, tewaskan Soloz dan nama besar lain

Artikel ini ditulis oleh Haikal Johari

Kambing Golek atau nama sebenarnya Azean Abdul Malik berjaya membawa pulang trofi untuk kategori Personaliti Gamers Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung semalam.

Dia berjaya menewaskan beberapa nama gergasi seperti Soloz, Daddyhood, Yana Samsudin dan Jaa Suzuran. 

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Namun, Azean tidak dapat hadir menerima anugerah dan menghantar wakilnya yang turut meminta maaf dan berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan.

Kambing Golek adalah seorang streamer di media sosial. Dia turut dikenali sebagai salah seorang streamer wanita yang popular buat masa kini. 

Antara fokusnya adalah Youtube dan juga Facebook yang mana dia turut bantu mempopularkan permainan video VR Chat. Siri video itu sentiasa ditunggu peminat-peminat.

Walaupun jarang memuat naik hantaran di Instagram namun postingnya yang seakan-akan ‘meme’ membuatkan ramai terhibur.

Foto: Kosmo Digital

RELATED NEWS

+