Kemaskini terbaru Disco Elysium beri fokus terhadap komputer spesifikasi rendah

Jarang sekali kita mendengar tentang permainan role-playing game (RPG) di mana 99% permainannya adalah berbual dengan watak-watak lain dan juga diri sendiri. Disco Elysium merupakan permainan video sebegitu dan kini ia boleh dimain oleh hampir sesiapa sahaja.

Kemaskini terbaru Disco Elysium yang bertajuk Working Class Update telah merendahkan spesifikasi minima yang diperlukan oleh komputer PC dan Mac untuk main judul tersebut.

Berikut adalah spesifikasi minima baharu untuk PC yang dinyatakan oleh ZA/UM (pembangun):

  • OS: Windows 7
  • CPU: Intel Core 2 Duo
  • GPU: Grafik kad dengan memori 512MB (serasi bersama DirectX 11)
  • Ruangan: 20GB

Untuk komputer Mac pula, spesifikasi minima adalah berdasarkan tahun pengeluaran komputer-komputer tersebut:

  • MacBook Pro: dari pertengahan 2009
  • MacBook Air: dari pertengahan 2012
  • iMac: dari penghujung 2009
  • Mac Pro: dari penghujung 2008
  • Mac mini: dari 2009

Bagi anda yang mempunyai komputer lama atau laptop berspesifikasi rendah yang ingin mencuba sebuah permainan video PRG yang menarik, penulis mengesyorkan anda untuk cuba Disco Elysium.

Disco Elysium merupakan judul yang sangat menyeronokkan walaupun langsung tidak mempunyai aksi-aksi yang selalunya terdapat dalam permainan RPG. Anda bermain sebagai seorang penyiasat yang perlu menyelesaikan sebuah kes pembunuhan sambil bergelut dengan berpuluh-puluh personaliti yang wujud dalam mindanya.

Pada waktu ini, terdapat sebuah jualan istimewa untuk Disco Elysium dan anda boleh membelinya di Steam pada harga RM48.75. Promosi ini akan berakhir pada 19 Mei ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kemaskini ini, anda boleh rujuk laman Steam Disco Elysium.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+