Komuniti Apex Legends marah harga tidak masuk akal skin kolaborasi Final Fantasy 7

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Komuniti Apex Legends tidak berpuas hati dengan harga tidak masuk akal untuk kos skin kolaborasi Final Fantasy VII Rebirth.

Kolaborasi ini diumumkan Apex Legends dan akan dilancarkan hari ini.

Dengan 36 kosmetik dari Final Fantasy VII Rebirth yang akan dikeluarkan dari senjata hingga skin Legends.

Tetapi untuk mendapatkan semua skin yang ada anda perlu berbelanja lebih AS$300 (RM1,600) dan ia sangat tidak masuk akal.

Seorang pemain Apex Legends membuat kiraan untuk kolaborasi Final Fantasy VII Rebirth di Reddit.

Odds breakdown of the upcoming FF event.
byu/ConfidentDivide inapexlegends

Ditambah lagi dengan lootbox sudah semestinya beberapa skin sangat susah untuk dapat.

Image

Untuk mendapatkan Buster Sword R2R5, anda perlu membeli lebih 36 kotak Final Fantasy yang sangat mahal.

Kebarangkalian untuk mendapat pedang itu sahaja adalah kurang dari 1 petarus melainkan anda membeli 36 kotak.

Koleksi sebelum ini untuk mendapatkan Heirloom, anda perlu berbelanja lebih kurang AS$160 (RM750).

Menurut kiraan itu untuk mendapatkan Mythic yang hanya 3.4 peratus, anda perlu membeli lebih 30 kotak.

Adakah harga ini berpatutan untuk kolaborasi?

RELATED NEWS

+