Konsol PS5 sudah terjual sebanyak 13.4 juta unit – Sony

Menurut laporan kewangan Sony, ia menyatakan sebanyak 13.4 juta unit PlayStation 5 sudah terjual sehingga kini dan 3.3 juta unit sepanjang Julai hingga September.

Seperti yang diperlihatkan di dalam Sony’s Financial Result for Q2, segmen Game & Network Sevice syarikat itu sudah menjual lebih satu juta unit kepada peruncit berbanding pada suku yang lalu. Menjadikan ia jualan kedua tertinggi menyamai jualan Q4 2020.

Jualan ini juga menyumbang sebanyak $5.85 juta (RM24.2 juta) iaitu sehingga 27% tahun-ke-tahun kepada bahagian permainan Sony.

Namun, walaupun jualan meningkat, keuntungan operasi mencatatkan sedikit penurunan iaitu 21% tahun-ke-tahun, berikutan penurunan jualan PS4.

Bagi jualan permainan, Sony melaporkan sebanyak 76.6 juta permainan PS4 dan PS5 sudah terjual dengan God of War menjadi permainan paling banyak terjual dengan 19.5 juta salinan. Diikuti Horizon Zero Dawn dengan 10 juta dan Marvel’s Spider-Man dengan 13.2 juta.

Bagi permainan PS5, Demon’s Soul terjual dengan 1.4 juta salinan dan Ratchet & Clank: Rift Apart dengan 1.2 juta salinan.

Servis PlayStation Plus pula sudah mencapai 47.2 juta langganan dengan peningkatan 2.2 juta pengguna dari tahun ke tahun. Namun, pengguna aktif PlayStation Network mencatat penurunan kepada 104 juta pengguna sahaja. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+