SEGA mengumumkan Enotria: The Last Song akan dilancarkan pada 22 Ogos ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Enotria: The Last Song adalah permainan video Soulslike aksi-RPG baharu yang dibangunkan oleh studio dari Itali, Jyamma Games. Ia akan dilancarkan pada 22 Ogos ini di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan Steam.

Ia diinspirasikan dari kisah dongeng Itali dan budaya mereka. Anda perlu mengembara di dunia yang cantik namun dipenuhi dengan bahaya pada siang hari.

Benua Enotria dulunya pernah menjadi tempat di mana masyarakat pelbagai budaya dan negara hidup aman damai sehinggalah Canavaccio, satu tempat bertukar menjadi sesuatu yang mereput dan tidak bergerak.

Anda akan memainkan peranan sebagai Mask of Change dan bebaskan dunia dari kekejaman ini. 

Bermula hari ini, anda boleh pra-tempah Enotria: The Last Song serta edisi Deluxe yang menawarkan pelbagai tambahan DLC dan akses awal 72 jam bersama-sama permainan disertakan sekali.

Edisi Deluxe mengandungi:

  • Salinan digital Soundtrack
  • Artbook
  • DLC Expansion
  • Set kostum senjata eksklusif
  • Set recovery item
  • Bahan untuk menaiktaraf senjata
  • Akses awal 72 jam

Layari laman web mereka untu keterangan lanjut.

RELATED NEWS

+