“Lesley lebih sesuai sebagai ‘powerpick’ berbanding Hanabi” – Sunfrost

Hero marksman yang semakin dilupakan di dalam Mobile Legends seperti Hanabi kini dirombak kembali oleh Moonton. Hasil rombakan itu mendapati Hanabi lebih kuat berbanding dahulu di mana ia sering digunakan di Land of Dawn.

Kami dari pihak MyGameOn cuba mendapatkan komen tentang rombakan hero Hanabi melalui pengulas muda terkenal MPL MY iaitu Syed Fitri Abharshah atau Sunfrost.

Menurut Sunfrost, perubahan itu adalah perubahan yang sangat besar kerana ia meningkatkan lagi daya ketahanan yang dimiliki oleh hero itu.

“Ini adalah satu perubahan yang besar terhadap hero itu. Immunity Control dan perisai tambahan yang lebih mudah dikawal akan memberikan daya ketahanan lebih tinggi.

“Malah dengan perubahan item, Hanabi boleh aktif dengan lebih awal di dalam permainan dan secara langsung membantu pasukannya di minit awal,” ujar Sunfrost.

Ketika ditanya tentang kemungkinan Hanabi bakal dibawa masuk ke dalam draft M4 nanti, Sunfrost tidak menolak kemungkinan itu.

“Kebolehan hero ini adalah dari sudut jaraknya. Sekiranya berhadapan dengan hero yang mempunyai mobiliti yang rendah maka Hanabi akan mendapat kelebihan.

“Selepas kebanyakkan pasukan kini tertumpu kepada fighter dan tank selaku jungler, saya nampak Hanabi boleh digunakan di dalam draft pertandingan,” kata Sunfrost.

“Akan tetapi disebabkan nyawa hero itu agak nipis maka ia mudah ditewaskan oleh hero highground seperti Pharsa, malah hero yang mampu bergerak ke arah belakang musuh dengan pantas seperti Lancelot juga akan mudah menumbangkan Hanabi,” tambah Sunfrost.

Ditanya tentang kekuatan Hanabi berbanding dengan hero yang cukup popular baru-baru ini iaitu Lesley. Sunfrost menyifatkan kedua-dua hero itu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

“Perbandingan antara Hanabi dan Lesley sangat besar. Lesley lebih kuat jika bertarung satu lawan satu sementara Hanabi akan lebih kuat ke arah pertarungan berkumpulan.

“Lesley juga mudah untuk masuk dan keluar dari pertarungan berbanding Hanabi yang mempunyai kekurangan mobiliti. Lesley kini digelar sebagai Armor Penetrator dan marksman yang mempunyai burst damage yang tinggi,” ujarnya.

Sunfrost juga berkata bahawa Hanabi mempunyai damage yang lebih konsisten dan masih boleh digunakan pada situasi yang berbeza.

“Hanabi pula lebih kuat berhadapan dengan hero yang mempunyai ketebalan HP serta mengeluarkan DPS (Damage per second) yang lebih konsisten. 

“Jadi pada pendapat peribadi saya, Lesley lebih sesuai sebagai powerpick namun Hanabi masih boleh digunakan di dalam situasi yang berbeza,” akhirinya.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+