MobaZane berjaya ke MSC 2024 bersama BTK

Pemain BloodThirstyKings (BTK), MobaZane atau nama sebenarnya Michael Cosgun bakal bersaing di kejohanan Mid-Season Cup (MSC 2024) di Riyadh, Saudi pada akhir Jun ini.

Dia yang sebelum ini bersama pasukan The Valley kali terakhir beraksi di pentas antarabangsa iaitu di M4, sebuah kejohanan bertaraf dunia oleh MOONTON Games yang diadakan secara tahunan.

BTK diwakili oleh MobaZane, Mielow, Marqt, Basic dan Cole World serta dilatih oleh Midnight dari Filipina.

Meskipun tidak layak ke kejohanan dunia seterusnya iaitu M5, dia tidak mengalah dan kini bersama pasukan lamanya iaitu BTK dan bertanding di Challenger Tournament Amerika Utara (NACT) Spring 2024 sekali gus layak ke MSC 2024 dengan menewaskan Gaimin Gladiators, 4-3 di pusingan grand final.

Selain itu, BTK juga memenangi AS$10,500 (RM49,000) sebagai juara NACT Spring 2024.

MSC 2024 akan bermula pada 28 Jun hingga 14 Julai ini di Saudi, Riyadh dengan hadiah terkumpul AS$3 Juta (kira-kira RM14 juta).

RELATED NEWS

+