Lolealz kembali ke pasukan RSG MY

Ealtond Rayner atau lebih dikenali sebagai Lolealz adalah salah satu pemain yang mempunyai mekanik tinggi di arena kompetitif MLBB.

Lolealz pernah menjadi juara untuk musim ketujuh MPL MY bersama RSG MY. Namun dia dan rakan-rakannya kemudian meninggalkan pasukan itu selepas tamatnya musim kelapan untuk menyertai pasukan Team Caracal.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Kini, Lolealz sekali lagi kembali ke pasukan RSG MY. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran rasmi Instagram RSG MY. 

Kemasukan Lolealz ke dalam pasukan pasti akan memperkuatkan lagi pasukan RSG MY untuk musim kesepuluh nanti. Dia akan bermain di posisi yang sama iaitu gold lane.

Mungkinkah kali ini mereka akan dapat menjuarai MPL MY untuk kali kedua selepas Todak berjaya mengecapinya pada musim lepas? Kita bakal saksikan.

Foto dan sumber: RSG MY

RELATED NEWS

+