M1: Perjalanan Todak Kini Berakhir

Perjalanan Todak di Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 kini berakhir selepas tewas di tangan pasukan Indonesia, RRQ 1-3 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Mereka membawa pulang wang tunai terkumpul RM83,000.

Todak diwakili oleh Lychee, Ciku, Nenas, Eone, Xray dan Moon.

Pada perlawanan yang pertama, pasukan negara sedikit goyah dengan corak permainan yang dipamerkan oleh pasukan RRQ.

Mereka dilihat mengikut tempo permainan pasukan lawan, dan itu menyebabkan mereka tumpas di saat akhir, kill demi kill yang dilakukan oleh pasukan RRQ menggasak pasukan negara dan mereka telah mengawal permainan.

Nasib tidak berpihak kepada pasukan negara untuk game yang kedua juga apabila pemilihan hero yang dilakukan oleh pasukan RRQ ternyata memberikan kekuatan kepada mereka untuk mengawal permainan.

Kita dapat lihat mereka tidak mempunyai marksman akan tetapi mereka terus snowball permainan dan seterusnya mengalahkan pasukan negara.

Untuk game yang ketiga, pasukan negara menggunakan strategi unik iaitu 2 hero mage Lylia dan Chang’E yang dimainkan oleh Ciku dan juga Moon.

Akhirnya mereka keluar dari zone selesa mereka dan kerap menang teamfight lalu menempis peluang RRQ untuk memenangi game yang ketiga.

Tapi di game terakhir, Todak cuba menggunakan strategi Jepun namun tidak membuahkan hasil lalu jalan keluar mereka ditunjukkan oleh RRQ.

Kejohanan Dunia M1 mengumpulkan 16 pasukan terbaik Mobile Legends di serata dunia berentap merebut hadiah wang tunai terkumpul RM1 juta. Ia berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula hari Jumaat hingga Ahad.

RELATED NEWS

+