Novaria hero baharu di Advance Server MLBB

Artikel ini ditulis oleh Haikal Johari

MLBB melancarkan hero baharu, Novaria di patch Advance Server 1.7.62.

Novaria adalah seorang hero mage yang mempunyai kuasa Area of Effect (AoE) dan Burst yang kuat serta boleh menggunakan kuasanya dari jarak yang jauh. 

Skill 1 – Astral Meteor (AoE/Slow)

Astral Meteor mengenakan magic damage serta memperlahankan musuh. Tambahan damage akan dikenakan jika skill ini digunakan terhadap minion.

Skill 2 – Astral Recall (Burst/Buff)

Ia adalah sumber damage terbesar untuk Novaria. 

Kuasa ini mempunyai dua fasa di mana pada fasa pertama Novaria akan menghasilkan sebuah sfera ke arahnya. Pada fasa kedua, dia boleh menembak sfera itu ke arah musuh.

Damage untuk serangan ini bergantung kepada jarak tembakan Novaria. Semasa fasa keduanya, Novaria boleh melepasi dinding seperti Faramis.

Ultimate – Astral Echo (Buff)

Novaria melepaskan sebuah rantai yang akan bergerak dengan jauh. Jika rantai ini berdekatan dengan mana-mana musuh, ia akan mengunci dan mendedahkan musuh serta kawasan berdekatannya ke peta permainan.

Hitbox musuh yang dikunci dengan rantai ini akan bertambah, membuatkan mereka boleh diserang oleh menara walaupun berada di luar jarak menara itu.

Passive – Star Trail (Damage)

Musuh yang terkena dengan mana-mana skill Novaria akan mendapat tanda. Penanda ini akan dihancurkan apabila Novaria menggunakan Skill 2 iaitu Astral Recall dan musuh akan mendapat tambahan magic damage yang besar. 

Novaria masih dalam fasa pembangunan oleh Moonton namun tiada tarikh pelancaran untuk hero ini.

RELATED NEWS

+