Apa sudah terjadi? prestasi Moon dipersoalkan di IESF Bali

Moon adalah salah seorang pemain veteran pasukan Todak MLBB yang bersama-sama pasukan itu semejak ditubuhkan pada tahun 2019. Dia bersama-sama Ciku mencipta nama untuk pasukan Todak apabila berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Dunia M1 ketika itu.

Akan tetapi, baru-baru ini, ramai netizen mengatakan prestasi Moon kini sudah merosot berbanding zaman kegemilangannya sewaktu digelar sebagai raja Mage Malaysia. 

Kita dapat lihat ketika pertandingan menentang Filipina di Kejohanan Dunia E-Sukan IESF Bali semalam di mana Moon menggunakan Kagura di perlawanan pertama dan tidak memberikan impak yang besar kepada pasukan.

Di perlawanan kedua juga, Moon menggunakan Valentina dan cuba menyerang hendap Soriano yang menggunakan Lesley. Dia tersilap percaturan menggunakan Yin Yang Overturn di saat Soriano dapat mengelaknya.

Oleh kerana kesilapan itu, Moon dikepung dan hampir terkorban. Sejurus selepas itu, Soriano yang menggunakan Lesley mendapat peluang keemasan untuk mengeluarkan damage yang sangat besar kepada pasukan Todak.

Akhir sekali, penggunaan Paquito semasa menentang Vietnam juga tidak begitu memberasangkan. Kematian sebanyak 5 kali dan tanpa sebarang mata bunuh juga adalah salah satu faktor Moon tidak memberikan impak yang besar seperti zaman kegemilangannya dahulu.

Walau bagaimanapun, barisan pemain Todak dilihat sangat kuat ketika bermain di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) 2022 di mana kita dapat saksikan Rival menjadi pengganti Ciku bermain di posisi jungler.

Mereka meratakan kesemua pasukan Singapura iaitu Slate Esports dan juga pemenang MPL SG musim keempat, RSG SG. Di samping itu, pasukan Indonesia iaitu Aura Fire tidak terlepas dari genggaman Todak selepas prestasi Ciku menggunakan Brody yang sangat cemerlang.

Apa sebenarnya kesilapan pasukan Todak untuk mendapatkan piala antarabangsa buat pertama kalinya untuk Malaysia? Mampukah Kejohanan Dunia M4 nanti bakal menjadi titik permulaan Malaysia menjadi juara antarabangsa untuk julung kalinya? Kita bakal saksikan.

Foto: IESF

RELATED NEWS

+