M3: Kami belum memberikan 100% ketika menentang Todak – Acil

Pasukan Todak tewas di tangan RRQ Hoshi di peringkat playoff Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 pada hari Ahad. Walaubagaimanapun, kita dapat melihat pasukan Todak memberikan persembahan yang terbaik mereka untuk melawan juara tiga kali MPL Indonesia itu.

Namun begitu, menurut jurulatih pasukan RRQ Hoshi iaitu Acil kepada media, dia menyatakan pasukannya belum bermain dengan kebolehan sepenuhnya 100% untuk menentang Todak. Kenyataan ini menguatkan lagi sebab mereka tewas satu perlawanan saja ke atas Todak ketika itu.

“Kami mencuba strategi baru di perlawanan ketiga sehingga keadaan menjadi sukar untuk kami dan terus tewas,” katanya kepada media.

“Buat Todak, selamat maju jaya diucapkan di pusingan lower bracket. RRQ Hoshi ketika ini masih bermain di bawah 50% kemampuan pasukan di peringkat awal.” tambahnya lagi.

Adakah pasukan RRQ Hoshi akan menggunakan kekuatan mereka sepenuhnya menentang ONIC PH nanti? Seperti kita sedia maklum, ONIC PH adalah pasukan yang sangat kuat berasal dari Filipina.

Terdahulu, mereka pernah menewaskan pasukan Blacklist International di peringkat upper bracket MPL PH musim kelapan.

Todak pula akan berlawan wakil Kemboja, SeeYouSoon hari ini jam 6 petang. Mereka pernah tewas lawan di kejohanan jemputan (MPLI) sebelum ini jadi ini masanya Todak ‘membalas dendam’ kepada SYS.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+