Minat sampai berikan hadiah. Memang peminat sejati! Itulah yang terjadi pada minggu lalu di Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim ke-13 yang berlangsung di Stadium MBSJ, Serdang, Selangor.
Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Fifiy berkata, dia mengambil masa dari siang ke malam untuk menyiapkan dua utas gelang yang ingin diberikan kepada pemain HomeBois, Kenneth Sablande Barro atau Nets.
Tular di TikTok, Fifiy ketika dihubungi berkata, dia sangat teruja ketika pemain Filipina itu memakai gelang tangan pemberiannya.
@dmpfyyy Never thought that he was gonna wear the bracelets that I made for him 😭 DIA PAKAI GUYS HADIAH YANG SAYA KASI #MLBBMPL #MLBBesports #MPLMYS13 #MLBBEsports #NewEra #M6LAYSIA #IniGayaKita! #homebois #rumahjantan #netsiraphop ♬ original sound – Fifiysatang
“Ya, gelang tu betul saya buat sendiri. Memang dari siang sampai malam fikir rekaan apa yang sesuai untuk Nets pakai masa perlawanan dia tapi tak sangka dia pakai dua-dua sekali.
“Pada mulanya saya malu dan tak berani tapi kawan saya sokong, jadi saya beranikan diri bagi dekat dia. Rasa dihargai pun ada,” katanya.
Tidak cukup dengan itu, Fifiy turut memberikan biskut Raya yang dihasilkan sendiri, hasil tunjuk ajar oleh kawan-kawan.
“Hari Raya bakal tiba dan saya tahu Nets tidak pulang ke Filipina jadi saya berikan biskut raya kepada dia dan juga kepada DaddyHood dan isteri. Saya harap musim perayaan mereka lebih meriah tahun ini.
Fifiy berkata, dia meminati Nets kerana pemain import Filipina itu sentiasa mendisiplinkan diri dan fokus dalam perlawanan.
“Walaupun dia senyap bila mic tengah ‘on’ dalam permainan tapi saya nampak dia fokus dan berkomunikasi sekiranya ada masalah.
“Saya suka sikap bertanya dan berdikari dia. Dari cara pergaulan dia pun sangat comel bila dia cuba borak dalam Bahasa Melayu. Memang boleh nampak usaha dia belajar bahasa kebangsaan kita,” katanya.
@dmpfyyy AGAIN!! YEYY HAHA CONGRATULATIONS HOMEBOIS AND CONGRATULATIONS NETS FOR GETTING MVP FOR LAST GAME 😭🤏🏻 ( tekak dh kering byk jerit) #MLBBMPL #MLBBesports #MPLMYS13 #MLBBEsports #NewEra #M6LAYSIA #IniGayaKita! #homebois #rumahjantan #netsiraphop ♬ original sound – Fifiysatang
Sebagai pelajar lepasan SPM, Fifiy sudah lama meminati perlawanan e-sukan dan mula menonton MPL sejak dua tahun lepas. Dia juga berpeluang hadir ke lokasi acara pada tahun ini dan bertambah semangat selepas HomeBois kembali mendominasi pada minggu kedua liga.
“Harapan saya untuk HomeBois dan Nets ialah mereka berjaya menjadi juara dua kali berturut-turut dan saya berharap kekalahan atau kecaman mereka dapat boleh menjadi pembakar semangat untuk buat yang lebih baik,” katanya.
Ketika ditanya jika diberi peluang untuk Pengasas HomeBois, DaddyHood mengajaknya beraya atau berjalan-jalan bersama pemain-pemain HomeBois, dia anggap itu adalah rezeki.
“Jika diberi peluang, saya memang rasa sangat gembira. Boleh dikatakan ia akan menjadi hari perayaan paling indah dalam hidup dapat beraya bersama HomeBois,” katanya.