MAB Esports tidak berjaya ke musim liga

Pasukan MAB Esports nampaknya terpaksa akur dengan kedudukan lapan teratas di pusingan kelayakan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesepuluh.

Mereka hampir namun tidak berjaya untuk dapatkan slot ke musim liga.

MAB baru saja menerima kemasukan dua bekas pemain Suhaz iaitu D’Ace dan Eavy. Malah, mereka juga mendapatkan khidmat jurulatih Rebellion Genflix iaitu Lexuzz.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Abang MLBB (@abang_mlbb)

Mengikut dari posting @abang_mlbb dan keputusan bracket Challonge, MAB Esports tewas 0-2 lawan Team Haq.

Kini, penstriman langsung bagi Team Haq lawan Pasukan Rahasia kini bermula dan boleh ditonton di page rasmi pengulas MPL MY, Syed Adeen, Sunfrost dan Artha.

MAB Esports sebelum ini layak ke musim liga MPL MY S9 namun prestasi mereka kurang memberangsangkan menyebabkan mereka tidak mendapat jemputan ke musim kesepuluh.

RELATED NEWS

+