ESL Snapdragon Pro Series tahun ketiga membawa hadiah wang tunai terkumpul RM20.9 juta!

ESL FACEIT Group (EFG) syarikat terulung e-sukan dan permainan video bersama-sama Qualcomm Technologies Inc. mengumumkan garis masa untuk tahun ketiga Snapdragon Pro Series.

Siri yang diadakan tahun ini adalah untuk Musim ke-5 dan ke-6 membawakan hadiah wang tunai terkumpul terbesar iaitu AS$4.4 juta (RM20.85 juta).

Pesaing juga berpeluang untuk berlawan dalam tujuh acara e-sukan terkenal hasil kerjasama Activision Publishing Inc. , MOONTON Games dan Supercell.

Ekosistem ini meningkat selepas melihat kejayaan tahun kedua buat Snapdragon Pro Series dengan lebih 1 bilion perlawanan dan 4.4 juta pendaftaran dari rantau Asia, Amerika Utara, Latin Amerika dan Eropah.

Tahun ketiga juga memperkenalkan MLBB peringkat Masters ke Asia Tenggara melalui Mobile Open di peringkat global dan berakhir dengan Mobile Masters tahun hadapan.

Antara e-sukan yang akan dipertandingkan adalah:

  • Brawl Stars
  • MLBB
  • Garena Free Fire
  • Clash of Clans
  • Call of Duty©: Mobile

Tahun ketiga juga menjadi penyambungan kerjasama antara MOONTON Games dan Supercell dan kembalinya litar e-sukan Call of Duty Mobile.

RELATED NEWS

+