MapleStory 2 Akan Dilancarkan Di Seluruh Dunia – Closed Beta Pada 9 Mei

Masih ingat MapleStory? Permainan RPG 2D side-scrolling yang popular ketika dulu. Sekuelnya, Maple Story 2 akhirnya akan hadir ke rantau di luar Korea Selatan dan mungkin Malaysia.

Nexon Amerika mendedahkan sekuel itu sedikit berlainan berbanding dulu. Pertamanya, tiada lagi visual 2D dan mereka menggunakan grafik 3D ala-ala Minecraft. Keduanya, Maple Story 2 seakan game yang ingin korang enjoy dalam satu dunia maya bersama rakan-rakan lain. Pakaian boleh ditukar dan korang juga boleh bina rumah sendiri.

Dari segi jalan cerita, ia adalah prekuel kepada MapleStory original dan korang akan nampak wajah-wajah biasa dilihat tapi mungkin berlainan sedikit. Raksasanya seperti Poring dan Mushroom nampaknya masih dikekalkan kerana faktor relevan dengan pemain.

Kalau korang berminat, nampaknya korang masih kena tunggu kerana buat sementara ini fasa beta tertutup akan dijalankan di Amerika, Eropah dan Oceania pada 9 Mei. Tapi dalam masa terdekat nanti, pastinya Maple Story 2 akan dilancarkan di seluruh dunia.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+