MatPat umum pencen dari YouTube

MatPat, YouTuber terkenal dengan video Game Theory dan banyak menarik minat peminat-peminat terutamanya dari genre permainan video.

Sejak video pertama Game Theory pada April 2011, wujudnya juga siaran YouTube lain seperti The Film Theorist, The Food Theorists, dan The Style Theorists.

Peminat-peminat baru juga mengenalinya dari video viral Game Theory mengenai francais Five Nights at Freddy sehingga dapat masuk secara cameo dalam filem Five Nights at Freddy.

MatPat menerangkan hal ini dalam videonya, Goodbye Internet.

“Sejujurnya kami tahu kami tidak akan buat benda ini selama-lamanya,” ujar MatPat.

MatPat merasakan dia sudah kehilangan banyak masa untuk meluangkan bersama keluarganya.

Dia tidak akan keluar dari The Game Theorist dan mana-mana saluran Theorist lain tetapi dia tidak lagi akan menjadi muka depan untuk video-video itu.

Hanya beberapa video sahaja lagi akan dikeluarkan sebelum dia berundur sepenuhnya.

RELATED NEWS

+