Mixer akan ditutup bulan depan, pengguna digalakkan pindah ke Facebook Gaming

Walaupun tidak mempunyai bilangan pengguna yang ramai seperti Twitch, platfrom streaming Mixer masih popular dengan adanya streamer terkenal seperti Ninja dan Shroud. Malangnya, kelebihan begitu masih tidak mencukupi.

Mixer telah mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan operasi platform tersebut pada 22 Julai tahun ini. Streamer dan penonton yang menggunakan platform tersebut digalakkan untuk pindah ke Facebook Gaming.

Mereka yang mempunyai status Mixer Partners akan diberikan status yang sama apabila berpindah ke Facebook Gaming. Microsoft menjanjikan semua perkara yang dinyatakan dalam perjanjian Mixer Partners tetap akan ditunaikan.

Streamers yang menjana pendapatan melalui open monetization program layak menyertai Facebook Gaming Level Up Program yang akan membenarkan mereka untuk mendapat sumbangan stars.

Untuk penonton Mixer pula, mereka boleh menyambungkan akaun Mixer mereka dengan sebuah akaun Facebook Gaming. Ini akan memudahkan proses untuk mencari streamer kegemaran mereka yang juga berpindah ke platfrom itu.

Semua penonton juga digalakkan untuk menghabiskan Ember dan Spark dalam akaun mereka kerana Mixer Partners akan memperoleh bayaran dua kali ganda pada bulan Jun ini.

Jika penonton tidak menghabiskan Ember dan Spark, dan juga mempunyai langganan biasa atau langganan Mixer Pro, Microsoft akan memberikan Xbox Gift Card sebagai tanda penghargaan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penutupan Mixer dan proses pemindah ke Facebook Gaming, anda boleh melayari laman web rasmi Microsoft.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+