Muna Shahirah jana pendapatan dengan permainan video

Bermula hanya dengan bermain PUBG Mobile di telefon pintar secara suka-suka, penyanyi kelahiran Mersing, Johor, Muna Shahirah kemudian mencari peluang menceburi bidang lain selepas aktiviti muziknya terkesan akibat pandemik COVID-19. 

Dengan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan dan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang baru dilaksanakan, banyak kehilangan tawaran persembahan dan program televisyen yang terbatas.

Muna, 27, kemudiannya menceburi bidang penstriman permainan video di Facebook (FB) Gaming selepas belajar menerusi Youtube tanpa bimbingan sesiapa. 

Selepas identitinya sebagai penyanyi diketahui oleh penonton siaran langsungnya, Muna menggunakan page Facebooknya untuk turut mempromosikan lagunya selain bermain permainan video. 

“Awalnya, ramai tidak tahu saya seorang penyanyi namun ia terbongkar ketika sesi ‘live streaming’ bersama pengikut. Ketika bersembang sambil layan permainan video, saya menyanyi, kemudiannya ada yang menegur suara saya sedap.” katanya. 

Dengan pengikut yang mula mencecah 500,000, Muna melihat perkembangan ini dari sudut positif, bahawa dengan permainan video bukan sahaja boleh membantu untuk menjana pendapatan, tetapi boleh juga membantu untuk mempromosikan lagu.

Walaupun Muna bersyukur dengan bidang yang diceburi kini, dia masih terasa sedih melihat rakan-rakan di dalam industri muzik yang terkesan kerana perlaksaan fasa satu PPN dan mengharapkan COVID-19 cepat berlalu.

Sumber: BH Online

Foto: Harian Metro

RELATED NEWS

+