MPL ID: Sir Ft Lans bakal ganti Sanz sebagai Jungler?

Antara pasukan yang sangat konsisten di peringkat liga, berjaya menewaskan banyak pasukan terkuat Mobile Legends Indonesia, Onic Esports adalah salah satu pasukan yang digeruni di dalam e-sukan itu.

Juara musim ketiga ini kini menduduki tempat ketiga di dalam carta kedudukan peringkat liga, hanya berada di bawah pasukan RRQ Hoshi dan Alter Ego.

Melihat dari sudut corak permainan, Onic Esports mempunyai keserasian yang cukup untuk melengkapkan sebuah pasukan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Indonesia (@mpl.id.official)

Namun begitu, mereka baru sahaja membawa masuk seorang bocah bernama Sir Ft Lans. Beliau berjaya masuk ke skuad utama MPL selepas dinaik taraf dari MDL berikutan prestasi yang memuaskan.

Posisi beliau sebagai jungler tidak dinafikan akan memberikan kekuatan tambahan kepada pasukannya. 

Mungkin kita akan dapat lihat kemunculan beliau menggantikan Sanz di posisi itu, atau hanya disimpan sehingga ke peringkat playoff sebagai senjata rahsia pasukan itu. Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+