Antara pasukan e-sukan paling dikenali ramai di China kini bakal ke Land of Dawn.
JD Gaming baru-baru ini mengumumkan mereka bakal beraksi dalam e-sukan MLBB.
Pengumuman ini dibuat di laman Weibo mereka.
JDG bakal menyertai China Spring Invitational Showmatch 2024 iaitu pertandingan pertama antarabangsa MLBB yang dibuat di China.
Pasukan-pasukan dari China juga telah berjaya mendapatkan jemputan lanjut terus ke MPLI 2023 dan M5 tahun lepas.
Barisan Pemain JD Gaming:
Pemain | Posisi |
Wink | EXP Lane |
Wy | Jungle |
Cy | Midlane |
Berry | Gold Lane |
SiNian | Roam |
China Sping Invitational Showmatch 2024 akan bermula hari ini 1 Mac sehingga 3 Mac.
JDG juga adalah pasukan e-sukan yang telah lama menempah nama dalam e-sukan League of Legends.