MPL Indonesia: Alberttt mengamuk, kemenangan milik Sang Raja 2-0

Sang Raja yang berada di kedudukan kedua tercorot perlu menebus semula kekalahan mereka, mereka harus memenangi perlawanan yang seterusnya untuk berpeluang bermain di upper bracket playoff nanti.

PERLAWANAN PERTAMA

RRQ mempertaruhkan Ling untuk Albertt buat perlawanan pertama ini dan ternyata ianya memberikan hasil yang bagus. Albertt lincah menggunakan skill dan sering mendapatkan turtle tanpa sebarang gangguan. 

Rotasi yang dilakukan oleh R7 dan Pyschoo terus meningkatkan lagi jurang gold yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan. Peluang itu diambil oleh Albertt untuk terus farming tanpa sebarang kerisauan.

Penguasaan Albertt di dalam peta menyebabkan pasukan Aura Fire buntu untuk menyekat asakan yang dilakukan oleh Sang Raja. Mereka berjaya mendapatkan Lord tanpa sebarang gangguan. Lord yang diambil bagaimanapun tidak dapat menghancurkan base Aura Fire.

Pada minit ke-16, Sang Raja berjaya wipeout Aura Fire berikutan combo yang ditonjolkan oleh Psychoo yang menggunakan Lunox, beliau menyekat kemaraan High dan juga Vaan Strong di dalam pertempuran tersebut. Manakala Albertt pula menumpukan perhatian terhadap 3 lagi baki ahli pasukan Aura Fire. Aura Fire yang telah kehilangan semua ahli terpaksa melihat Sang Raja menghancurkan base mereka.

PERLAWANAN KEDUA

Sang Raja memberikan corak permainan agresif yang sama pada perlawanan kedua. Alberttt yang menggunakan Lancelot kerap rotasi ke arah atas dan bawah untuk mendapatkan kill, Aura Fire nampaknya tidak mempunyai jawapan untuk permainan fast paced yang ditunjukkan RRQ.

Alberttt seolah-olah seperti harimau yang bangkit dari tidur, beliau berjaya mendapatkan triple kill seawal minit ke-5. High yang menggunakan Roger cuba untuk mengejar Alberttt namun disekat oleh Vynnn yang menggunakan Baxiar. 

Di mana sahaja pasukan RRQ pergi ke dalam peta, pasti ada seorang dari pasukan Aura Fire yang akan terkorban, mereka terus menguasai peta dan Aura Fire kian lemah dan tidak dapat meneruskan kadar farming seperti biasa.

Meskipun Lord pertama diambil oleh Sang Raja, Alberttt terlalu yakin dengan kelebihan yang dimiliki mereka menyebabkan beliau terkorban begitu sahaja. Aura Fire seperti mempunyai peluang untuk comeback apabila mereka berjaya mendapatkan Lord.

Namun pushing bersama Lord ternyata tidak berhasil, Aura Fire kehilangan 3 orang ahli berikutan Pyschooo yang mengasak mereka. Pertempuran terakhir di bahagian atas lane menyebabkan Aura Fire kehilangan core mereka Vanss dan juga Vaanstrong. 

Sang Raja menggunakan peluang itu sebaik-baiknya untuk merempuh masuk ke arah base Aura Fire dan membunuh baki ahli pasukan tersebut. Seterusnya kemenangan menjadi milik Sang Raja di perlawanan kedua.

RELATED NEWS

+